Thursday, October 15, 2015

.......I'm still learning :-D

Hari ni aku try belajar editing sendiri je....
tengok tutorial kat youtube (sangat membantu)
edit gambar use Adobe Photoshop CS6  to add a RAIN effect on an images...
haha....tak sia2 usaha aku menghadap komputer berjam-jam hari ini....

TADAAAAAAA!!! Ni laa hasilnye :-D
aku juga ada try buat ANIMATED RAIN GIF. tapi
Still a lot I need to improve about it :-D
minat? haha...aku memang minat dgn bende2 mcm ni....
photography is my passion...
kalau camera dah ada kat tgn aku,haha....i will keep capturing photo till aku penat or till bateri camera tu dah habis...krikk krikk....haha!
kalau ada rezeki lebih suatu hari nanti aku nak beli DSLR CAMERA....
aku minat sangat dgn camera tu....
the things in my WISHLIST..da lama bende tu ada dalam wishlist hidup aku ,tapi belum tertunai lagy nak belinye.....
ada sapa2 kat sini yang baik hati nak hadiahkan aku kamera tu tak???
hmm....krikk krikkk....haha
kalau ada camera tu ,aku 
bolehlah guna DSLR tu 
untuk belajar sikit2 tntg photography dan tentang dunia fotografi.... :-)


That's all for today...
till we meet again in the next post....
daaaaaa~~~



Wednesday, October 14, 2015

gif.



BEAUTIFUL THINGS IN THE WORLD <3

Monday, October 12, 2015

........lyrics :-)


Tommy Page – A Shoulder To Cry On




Life is full of lots of up and downs
And the distance feels further 
When you're headed for the ground
And there is nothing more painful than to let your feelings take you down
It's so hard to know the way you feel inside
When there's many thoughts and feelings that you hide
But you might feel better if you let me walk with you
By your side

And when you need a shoulder to cry on
When you need a friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone, cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be a friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone, cause I'll be there

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
When the whole world's gone
You won't be alone
'Cause I'll be there

And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on


This song lyrics is so.........sweet...
thank you so much :-) 
much loveeeeeeeee ! <3

Sunday, October 11, 2015

Baca sendiri :-P HAHAHA


*fuh......fuh...fuh....Tiup sikit 
dah berhabuk blog ni gara-gara lama sangat tak UPDATE...krikk krikkk...haha

* BackgroundMusic *

Nasib ku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas dipantai


Hidup ku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segalanya
Perasaan dan harapan untuk hari esok
Tiada lagi....


hahaha......udah tuh menyanyinya...
takut hujan pulak nanti ye ye.... krikkk krikkk

Hmmm...takde ape nak citer actually tapi....
Tetibe rasa rindu pulak nak update blog ni XD
sebenarnya aku baru habis menonton Telemovie - Cermin Kasih (TV3)

Ok lah ,
aku cerita kisahnya khas buat korang yang tak berkesempatan untuk 
menonton telemovie ni .

cerita ni sedih lah juge......
bnyk kali ler juge bergenang air mata aku dok hayati kisah wataknya...
Bagi aku memang terbaik telemovie ni,penuh dengan pengajaran serta mempunyai jalan cerita yang menarik :)
Syabas dan tahniah untuk penerbit dan semua pihak yang terlibat dalam 
menjayakan telemovie ini :-D

Telemovie  ini mengisahkan tentang seorang wanita yang teraniaya...
Pada suatu hari , Marina (watak utama ) telah mendapat tahu bahawa 
suami nya yang bernama Amran ( watak ) terlibat dalam sindiket pengedaran dadah....
Apabila Marina mengetahui tentang perkara tersebut ,
dia berasa sangat kecewa lalu meminta suaminya menceraikannya tetapi suami nya 
berkeras dan tidak mahu menuruti permintaan tersebut 
*biasalah nama pun lelaki kan EGO nye tinggi melangit....krikk krikk

Ketika mereka berdua sedang bergaduh dan bergelut ,
tiba-tiba Amran mencapai jarum suntikan yang mengandungi dadah lalu 
menyuntik dadah tersebut ke dalam badan Marina...setelah terkena 
suntikan itu,Marina pun mula berkhayal...
*dalam hati aku berkata 
"Tak guna punya jantan ! "
Sejak peristiwa itu ,Marina telah ketagih dengan dadah, dan 
Amran telah menjadi 'drug supplier ' untuk  Marina .

Pihak polis telah menjalankan siasatan lalu  pada suatu hari , 
ketika Amran sedang berada di suatu kelab hiburan...dia telah ditangkap dan 
dia telah mati ditembak kerana cuba untuk melarikan diri .

Selepas kejadian itu ,pihak polis telah berjaya memberkas Marina 
atas kesalahan berkaitan dadah . Setelah disabitkan kesalahan ,
Marina dipenjarakan di Penjara Bentong .
Pada hari itu , bermula lah kehidupan Marina sebagai seorang banduan 
yang hidup di dalam penjara itu . Marina amatlah tertekan dengan nasib yang menimpa dirinya .
Dia hampir gila disebabkan kejadian malang itu . 
Pada suatu hari , Marina telah disahkan hamil . Pada mulanya ,Marina amat membenci anak 
yang berada dalam kandungannya lalu mencuba ingin membunuh anak itu .
Tetapi lama kelamaan ,setelah anak itu dilahirkan ,Marina telah sedar 
bahawa anak itu amat memerlukan kasih sayang darinya .
Dia telah menamakan anaknya dengan nama Maryam .
Sejak dari hari itu ,Marina telah menjaga anaknya dengan baik,dia telah
 memberikan sepenuh kasih sayang kepada Maryam sehinggalah dia berusia 3 tahun .
Setelah Maryam berumur 3 tahun , pihak penjara telah menjelaskan kepada Marina bahawa dia tidak boleh terus menjaga anak itu di dalam penjara dan anak itu perlu diserahkan kepada waris yang dibenarkan .
Waris Marina adalah ibu bapa nya . 
Pada saat Maryam ingin diserahkan kepada nenek dan datuknya ,
Marina telah menangis sekuat hati dan Maryam juga menangis sehingga tidak 
mahu melepaskan dakapan ibunya .Tetapi apakan daya ,
Maryam perlu hidup bebas seperti kanak-kanak yang lain demi untuk memiliki masa depan yang baik .
Sejak dari hari itu ,Marina sering berasa sedih kerana dia amat merindui anak nya . Maryam juga sering menangis sejak dipisahkan dari ibunya . Namun begitu ,anak kecil ini bertuah kerana dia memiliki nenek dan datuk yang amat penyayang yang sentiasa ingin menggembirakan dirinya .
Maryam hidup seperti kanak-kanak yang lain, terus membesar dan membesar sehingga
telah sampai masa untuk dia melangkah ke zaman persekolahannya.
Maryam seorang pelajar yang pintar dan cerdik .Dia sering mendapat tempat yang pertama dalam kelasnya .
Setiap minggu ,datuk dan nenek Maryam akan membawa dia ke penjara untuk 
menemui ibu kandungnya,Marina. Maryam sangat gembira setelah 
dapat berbual dan menemui ibunya .
Di penjara ,pelawat hanya dibenarkan berhubung dengan seseorang banduan melalui telefon dan pelawat hanya dibenarkan untuk melihat banduan tersebut melalui cermin kaca .
Melalui telefon tersebut Maryam telah meluahkan perasaannya terhadap ibunya ,
"Maryam sayang ibu  . Nanti bila Maryam dah sekolah,Maryam akan belajar sampai pandai dan buat ibu bangga dengan Maryam . " itulah dia antara kata-kata Maryam .
Maryam seorang kanak-kanak yang suka melukis . Oleh itu ,setiap kali sebelum dia bertemu ibunya dia akan membawa hasil lukisan yang telah dilukis untuk diberikan kepada ibunya .Di dalam sel penjara ,Marina telah menampal semua hasil lukisan Maryam  di dinding .Setiap kali dia merindui anaknya Maryam,dia akan melihat ke arah dinding dan memandang lukisan tersebut .

Setelah beberapa minggu selepas itu ,Marina menjadi risau jika kerana dia telah lama tidak bertemu dengan anaknya , Maryam .
Pada suatu hari ,bapa Marina telah datang bersendirian ke penjara untuk melawatnya .
Marina pun berasa hairan kerana dia tidak melihat kelibat anaknya .
Ketika itu dia amatlah merindui anaknya.
Marina telah bertanyakan kepada bapanya di manakah Maryam .
Bapanya menjawab,Maryam sibuk dengan aktiviti sekolah .
 Marina telah berpesan kepada bapanya ,supaya dia membawa Maryam bersama ketika melawatnya selepas dari hari itu .

Hari itu merupakan hari yang bersejarah buat Marina kerana pada hari itu dia akan dibebaskan dari penjara dan telah selesai menjalani hukuman .
Marina juga tidak menyangka pada hari itu juga merupakan hari yang paling menyedihkan dalam hidupnya ,kerana pada hari yang sama dengan tarikh dia dibebaskan dia telah kehilangan satu-satunya anak kesayangan dia iaitu Maryam .
Pada hari itu juga ,Maryam telah pergi buat selamanya untuk menemui pencipta-NYA .
Setelah Marina keluar dari pagar penjara ,Marina berasa hairan kerana dia tidak melihat kelibat bapanya .Setelah itu ,dia memutuskan untuk pulang ke rumah dengan menaiki teksi .
Setelah sampainya dia di rumah,dia telah menjerit memanggil nama Maryam,
tetapi tidak ada apa-apa
jawapan .
Ketika dia ingin melangkah ke bilik ,dia telah melihat sekujur mayat yang telah terbujur kaku di atas katil .
Mayat tersebut adalah anaknya Maryam .
Marina tidak dapat menahan kesedihannya lalu dia meratapi pemergian anaknya itu .
 Ibu Marina telah menasihatinya supaya redha dengan ketentuan ilahi.
Rupa-rupanya selama ini Maryam telah pun menghidap penyakit yang agak kritikal yang menyebabkan badannya tidak memberi apa-apa kesan terhadap ubat antibiotik yang diberi oleh doktor . Kegagalan organ berfungsi juga boleh disebabkan oleh kesan dari pengambilan dadah .
Disebabkan itu ,organ dalam badan Maryam tidak dapat berfungsi dengan baik seterusnya membawanya kepada kematian .

****End of story***

Pengajaran yang dapat dipelajari dari telemovie ini adalah ,

1 .Penggunaan dadah yang berlebihan adalah amat bahaya untuk kehidupan manusia .
2 . Kasih sayang ibu terhadap anak tiada batasnya .
3 . Setiap orang mampu berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berguna .
4 .Setiap yang berlaku dalam kehidupan ini pasti ada hikmahnya yang tersendiri ,kita sebagai manusia perlu redha dengan segala ketentuan tuhan .


_______________________

So itulah sedikit sebanyak tentang kisah dalam telemovie yang aku tengok tadi .

Till then......
Till we meet again in the next post .
May ALLAH bless our life always .
In syaa ALLAH,aminn ya rabb alamin :-)





Keep calm  , keep smiling.....and remember
the world is a beautiful place :-)